Setiap Kali anda menggunakan komputer, pasti ada fail-fail baru yang terhasil. Sebahagian fail tersebut direkodkan secara automatik tanpa anda sedari, contohnya apabila anda menggunakan aplikasi tertentu seperti pelayar web dan pemproses data. Fail-fail yang terkumpul itu bukan sahaja menggunakan ruang cakera keras, malah ada yang berupa jejak aktiviti anda. Sehubungan itu, anda patut membuangnya untuk menjimatkan ruang cakera sekali gus menjamin privasi anda. Bagi melakukannya, anda boleh mencuba aplikasi pembersih fail yang berkesan seperti FCleaner 1.3. Perisian berkuasa ini boleh membantu anda membersihkan sistem operasi (OS) Windows dengan cara yang selamat dan mudah. Menerusinya, Windows boleh dibersihkan dan dioptimumkan dengan menyingkirkan sejumlah fail yang tidak perlu. Fail-fail sampah atau yang tidak perlu ini boleh 'menelan' sejumlah ruang cakera keras, sekaligus boleh menjejaskan prestasi sistem anda dari semasa ke semasa. Selain itu, anda boleh menghapuskan jejak aktiviti internet menggunakan fungsi penghapus yang disediakan. Manakala aplikasi yang tidak diperlukan lagi, juga boleh dibuang.
Info Perisian:
Nama : FCleaner 1.3
Pembangun : FTweak Inc
Saiz : 1.1 MB
Sistem Operasi : Windows (Semua Versi)
Tapak Web : http://www.fcleaner.com/
Sumber lain : http://www.softpedia.com/